Saturday, October 22, 2016

"Wajarkah Aktiviti Berbahaya Dilakukan Dalam Kem Jati Diri???"

Apabila di sebut mengenai JATI DIRI , mesti semua tertanya-tanya tentang apa yang dimaksudkan dengan JATI DIRI? Jati diri secara amnya membawa maksud merangkumi  nilai, budaya, bahasa, pegangan, fahaman, dan pandangan jagat sesuatu kaum. Setiap kali seseorang itu mendefinisikan jati diri, ia sebernya berkait rapat dengan 3 persoalan itu ialah :


  • Siapa Aku? 
  • Dari Mana Aku? 
  • Aku Mahu Kemana?
Ya,setelah menjawab kesemua persoalan yang berkait rapat dengan definisi jati diri, kita akan dapat mengetahui apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan jati diri. 

Jadinya, untuk memberikan pendedahan dan penjelasan tentang jati diri masing-masing, masyarakat yang  memainkan peranan penting dalam hal ini boleh melakukan pelbagai program atau aktiviti untuk anak bangsa kita sendiri, supaya anak generasi akan datang dapat mengenal pasti jati diri masin-masing. Contohnya, mengadakan program pemantapan jati diri di sekolah atau ibu bapa perlu menghantar anak-anak mereka ke kem latihan jati diri. 

Namun baru-baru ini, isu rakaman video mengenai penggunaan ular sawa ketika latihan kem jati diri di pejabat APM  yang di viralkan dalam laman sosial, telah memberikan impak perspektif yang negatif oleh ibu bapa atau masyarakat terhadap kem tersebut untuk menghantar anak-anak mereka ke sana. Dalam hal ini, program atau kem yang dilakukan merupakan salah satu langkah untuk meningkatkan pemahaman jati diri terhadap masyarakat. Jadi persoalannya disini, wajarkah aktiviti berbahaya dilakukan dalam kem jati diri? 

Sebenarnya pelbagai lagi aktiviti yang baik boleh dilakukan dalam program atau kem yang melibatkan pemantapan jati diri. Misalnya, mengadakan aktiviti gotong-royong bersama-sama, mengadakan motivasi, ceramah atau forum, mengadakan aktiviti berkumpulan yang menekankan toleransi, tanggunjawab, bekerjasama dan sebagainya.

Oleh itu, memang tidak wajar aktiviti atau pendekatan yang berbahaya dilakukan di mana-mana kem atau program. Dalam hal ini, ibu bapa atau masyarakat yang menghantar ahli keluarga mereka ke program atau kem seperti itu sangat menitik beratkan keselamatan peserta yang terlibat dalam keadaan sihat dan selamat. Jadinya, pihak pengurusan perlu memegang amanah untuk menjaga mereka dan meningkatkan kefahaman diri terhadap program dan kem yang dijalankan dengan baik. 

Tuesday, October 4, 2016

L😍VE

kadang-kadang,
Bila kita cintakan seseorang,
Kita akan jadi letih, 
Sebab terlalu banyak pergaduhan, 
salah faham, hujah, 
ampun dan maaf. 




SEHINGGALAH TIBANYA WAKTU
kita sedar............






semua pengorbanan dan keletihan itulah





membuatkan  hubungan kita lebih 




KUAT!!!😍