Komunikasi berasal dari bahasa Latin communicatio
yang bermaksud pemberitahuan.
Apabila membincangkan maksud komunikasi, pelbagai pendapat atau pihak
yang akan mentafsirkan mengikut kefahaman masing - masing. Menurut pandangan Harold Lasswell, komunikasi
merupakan proses yang menggambarkan siapa mengatakan apa dengan cara apa,
kepada siapa dengan kesan apa. Walau bagaimanapun,
komunikasi wujud disebabkan proses komunikasi.
Dalam konteks ini, kehadiran elemen-elemen komunikasi secara umumnya dapat
dikenal pasti melalui proses komunikasi dimana ianya berlaku ketika
menyampaikan informasi sehingga difahami oleh penerima serta melalui
model-model proses komunikasi. Antara elemen komunikasi yang akan di bincangkan dalam bahagian ini
ialah sumber (source), penerima (receiver), saluran (channel), mesej (message)
dan maklum balas (feedback).
Sumber merupakan antara salah satu
elemen komunikasi yang menyebabkan berlakunya proses komunikasi. Secara umumnya, sumber adalah seseorang yang membuat
keputusan untuk berkomunikasi dan sering disebut juga sebagai pengirim (sender). Menurut
Claude Shannon dan Weaver, sumber sebagai elemen komunikasi yang di tukar
kepada simbol atau isyarat iaitu enkoder sebelum di salurkan kepada
penerima. Lantas pendapat lain dari Aristotle, sumber merupakan elemen yang cuba
mengaitkan propaganda politik yang diamalkan bergantung kepada kemahiran
retorik komunikator untuk mempengaruhi penerima. Menurut model Lasswell pula,
sumber lebih menjurus kepada pengucapan seseorang individu kepada sekelompok
manusia. Dalam kata lain, sumber adalah
punca segala maklumat. Di dalam
komunikasi antara manusia, sumber ini boleh terdiri di antara individu mahupun
dalam bentuk kumpulan. Contohnya, lembaga atau organisasi. Walaubagaimanapun,
sumber juga boleh diaplikasikan dalam penggunaan komunikasi data. Sumber dalam
data tersebut adalah alat yang membangkitkan data atau maklumat yang akan
dipindahkan dan merupakan alat input pada komputer. Alat atau komponen ini dapat mengubah
informasi audio, video atau teks menjadi satuan data untuk di proses pada
sistem komputer.
Penerima pula merupakan orang yang
menjadi sasaran mesej. Penerima terdiri
daripada individu, kumpulan dan organisasi. Dalam komunikasi antara manusia, penerima
merupakan pihak yang penting dalam membentuk kesefahaman supaya komunikasi
antara mereka berkesan. Malah, jika
mesej tidak disampaikan kepada penerima maka komunikasi tidak akan terjadi.
Menurut pandangan Lasswell, penerima mesej merupakan bersifat pasif dan
menerima ataupun menolak sebarang mesej yang disampaikan. Pada pandangan Claude Shannon dan Weaver,
penerima akan menukarkan simbol iaitu dekoder yang diterima mengikut
kefahamannya. Berlo pula mengatakan, penerima mesej bergantung kepada persamaan
kemahiran komunikasi tentang sikap dan tahap pengentahuan. Dalam hal ini, penerima bersifat selektif
dalam membuat pilihan terhadap saluran dan mesej. Penerima boleh diaplikasikan dalam pelbagai
bidang untuk proses secara berkomunikasi. Misalnya, berkomunikasi dalam
melakukan aktiviti pameran perniagaan.
Pameran adalah salah satu komunikasi yang penting untuk menghubungkan
organisasi perniagaan dengan masyarakat umum dalam menyampaikan maklumat atau
informasi kepada penerima.
Selain itu, mesej juga merupakan salah
satu elemen yang wujud dalam proses komunikasi.
Secara umumnya, mesej merujuk pada maklumat yang ada pada minda manusia
untuk dihantar kepada penerima. Seperti mana
pandangan yang diutarakan oleh Berlo, beliau berpendapat bahawa mesej yang
diterima bergantung kepada kandungan, struktur dan juga gaya
penyampaiannya. Mengikut model Huseman,
Lahiff dan Penrose, sesuatu mesej yang dekodkan hendaklah memberi penekanan
kepada mesej yang tepat, kesesuaian, mudah difahami, penyusunan, pengulangan
dan berfokus. Hal ini bertujuan untuk
menghasilkan komunikasi yang berkesan. Sanford, Hunt dan Bracey pula
berpendapat mesej yang disampaikan bertujuan atau tanpa tujuan dan sama ada
mesej tersebut berbentuk lisan atau tanpa lisan adalah penyesuaian yang
melengkapi keberkesanan komunikasi. Secara
tidak langsung, mesej sebenarnya merupakan utusan dan informasi dalam proses
komunikasi mengikut kefahaman tersendiri.
Misalnya penduduk wanita di Iran memakai jubah hitam bagi menutup aurat
apabila berada di khalayak ramai. Namun, di negara Eropah misalnya wanita
dibenarkan berpakaian bebas. Oleh itu, secara langsung pemahaman mesej oleh
khalayak terhadap masyarakat lain daripada budayanya adalah berbeza. Ini
bermakna dibuat oleh individu adalah berbeza mengikut budaya dan kepercayaan
masing-masing.
Saluran pula merupakan alat atau perantara yang berkemampuan menyalurkan mesej
daripada sumber kepada penerima. Pemilihan saluran dalam komunikasi memainkan
peranan penting kerana ia menyumbang kepada kejelasan dan ketepatan maklumat
komunikasi. Menurut model Claude Shannon
dan Weaver, beliau mengandaikan saluran mesej terdapat beberapa gangguan.
Walaupun begitu, mesej yang disalurkan akan diterima oleh penerima mengikut
tafsiran tersendiri. Lantas pendapat
Berlo pula, saluran mesej yang berkesan bergantung kepada kesesuaian
pancaindera yang sedia ada pada manusia.
Huseman, Lahiff dan Penrose pula membahaskan saluran perlu digunakan
dengan bijak oleh seseorang komunikator yang berkesan sama ada berbentuk rasmi
atau tidak rasmi. Penggunaan saluran
yang bersesuaian seperti alat media massa atau bahan ilmiah dengan tujuan
sesuatu mesej itu disampaikan membolehkan mesej itu difahami dengan jelas dan
cepat diperolehi oleh penerima.
Maklum balas merujuk pada reaksi
penerima apabila menerima sesuatu mesej daripada sumber. Maklum balas boleh dalam bentuk lisan atau simbol
bukan lisan. Berdiam diri juga salah
satu contoh dalam bentuk maklum balas seseorang individu tersebut. Menurut model Huseman, Lahiff dan Penrose,
mereka mengandaikan bahawa maklum balas yang berkesan akan wujud sekiranya
kedua-dua komunikator mempunyai penafsiran makna yang sama serta terdapat tahap
perkongsian maklumat yang tinggi. Berlo
pula berpendapat bahawa proses komunikasi yang berkesan berlaku sekiranya
interaksi tersebut melibatkan unsur maklum balas atas dasar lapangan pengalaman
yang sama atau hampir sama. Dalam memastikan proses komunikasi berjalan dengan
lancer, kebiasaannya maklum balas yang diberi oleh penerima akan mengemukakan soalan-soalan atau memberi
jawapan sama ada daripada penghantar atau penerima. Sebagai contoh, Butik Amani telah
mengiklankan keberkesanan penggunaan pemakaian kain lycra kepada penerima.
Hasil daripada pengiklanan tersebut ramai penerima telah membuat tempahan baju
tersebut. Ini bermakna mesej yang
disampaikan dapat menambat hati penerima. Jika sebaliknya, sekiranya hasil
jualan tidak meningkat, ini bermakna maklum balas yang negatif telah
berlaku. Walau bagaimanapun, maklum
balas penting dalam menentukan keberkesanan mesej dalam proses komunikasi.
Daripada penerangan di atas jelaslah
bahawa proses komunikasi akan berjalan dengan baik, sekiranya sumber dan
penerima memainkan peranan penting dalam komunikasi. Sesungguhnya, elemen komunikasi sangat penting dalam kehidupan seharian kita untuk
berhubung dan melaksanakan sesuatu tugas pada masa kini. Perkembangan
dan perubahan dalam teknologi telekomunikasi dalam dunia hari ini, menunjukkan
pelbagai inovasi yang dihasilkan sehingga membolehkan berkomunikasi dengan
jarah yang jauh. Jadi, elemen-elemen
komunikasi memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kehidupan seharian
seseorang individu tersebut.