Seperti yang kita sedia maklum, penyakit Charlie makin ramai yang sudah terkena gigitan Charlie gejala tersebut seperti yang sudah dikhabarkan di dada-dada akhbar dan media massa. Untuk pengetahuan semua, toksin tersebut merupakan cairan racun yang paling berbisa berbanding dengan bintanang yang lain tau! Apakah kesan di gigit oleh SEMUT CHARLIE? Apa pula langkah pencegahan atau cara menghindari SEMUT CHARLIE!!? Pada hakikatnya, semut Charlie ini bukan sahaja dikenali sebagai SERANGGA TOMCAT, malah Charlie juga disebut dan di panggil sebagai SEMUT KAYAP ,SEMUT SEMAI, dan KUMBANG ROVE....
Apa Cara dan Langkah Pencegahan Semut Charlie?
- Tutup Langsir dan kalau boleh kurangkanlah penggunaan dengan menutup lampu sekiranya anda tidak menggunakannya. Sebabnya? Semut Charlie sangat menyukai tempat-tempat yang terang :)
- Janganlah memakai pakaian yang terdedah atau terbuka untuk mengelakkan daripada sentuhan gigitan Charlie.
- Sentiasa tutup tingkap dan apabila waktu petang, senja dan juga malam.
- Lagi bagus memasang jaring pelindung di tingkap supaya Charlie sukar untuk masuk ke rumah kita.
- Jangan sesekali benarkan adik-adik kecil atau anak anda bermain di tanah atau tanaman-tanaman terbiar.
- Paling penting! Sentiasa membersihkan kediaman di luar, dalam rumah anda dan memastikan dibahagian katil tidur bilik anda berada dalam keadaan yang baik.
- Sekiranyasudah terkena dengan semut Charlie di kulit anda, jangan terus gosok dibahagian gigitan itu ya, tapi buang dengan menggunakan kertas atau meniup. Kemudian, terus cucikan dengan sabun sehingga bersih :)
Apa Kesan Serangan Gigitan Semut Charlie?
* Pada mulanya, kesannya akan menjadi merah seperti ruam. Selepas 24-48 jam, ruam bertukar menjadi makin merah dan menggelembung seperti bekas terkena air panas. Bahaya kan? Oleh itu, kita sama-samalah mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghindari penyakit tersebut :)
RUJUKAN DARIPADA :
1) https://alamendah.org/2012/03/24/tomcat-semut-kayap-atau-semut-semai/
2) https://id.wikipedia.org/wiki/Semut_semai
No comments:
Post a Comment