Thursday, September 29, 2016

LaNgKaH pEnCeGaHaN dAn KeSaN sEmUt ChArLiE


Seperti yang kita sedia maklum, penyakit Charlie makin ramai yang sudah terkena gigitan Charlie gejala tersebut seperti yang sudah dikhabarkan di dada-dada akhbar dan media massa. Untuk pengetahuan semua, toksin tersebut merupakan cairan racun yang paling berbisa berbanding dengan bintanang yang lain tau!  Apakah kesan di gigit oleh SEMUT CHARLIE? Apa pula langkah pencegahan atau cara menghindari SEMUT CHARLIE!!? Pada hakikatnya, semut Charlie ini bukan sahaja dikenali sebagai SERANGGA TOMCAT, malah Charlie juga disebut dan di panggil sebagai SEMUT KAYAP ,SEMUT SEMAI, dan KUMBANG ROVE....  

Image result for SEMUT CHARLIE

Apa Cara dan Langkah Pencegahan Semut Charlie?

Tomcat (Paederusl ittoralis)
  - Tutup Langsir dan kalau boleh kurangkanlah  penggunaan    dengan menutup lampu sekiranya anda tidak   menggunakannya. Sebabnya? Semut Charlie sangat   menyukai tempat-tempat yang terang :) 
  - Janganlah memakai pakaian yang terdedah atau terbuka untuk mengelakkan daripada sentuhan gigitan Charlie.
  - Sentiasa tutup tingkap dan apabila waktu petang, senja dan juga malam.
  - Lagi bagus memasang jaring pelindung di tingkap supaya Charlie sukar untuk masuk ke rumah kita.
Image result for SEMUT CHARLIE- Jangan sesekali benarkan adik-adik kecil atau anak anda bermain di tanah atau tanaman-tanaman terbiar. 
- Paling penting! Sentiasa membersihkan kediaman di luar, dalam rumah anda dan  memastikan dibahagian katil tidur bilik anda berada dalam keadaan yang baik.
- Sekiranyasudah terkena dengan semut Charlie di kulit anda, jangan terus gosok dibahagian gigitan itu ya, tapi buang dengan menggunakan kertas atau meniup. Kemudian, terus cucikan dengan sabun sehingga bersih :) 


         Apa Kesan Serangan Gigitan Semut Charlie?

* Pada mulanya, kesannya akan menjadi merah seperti ruam. Selepas 24-48 jam, ruam bertukar menjadi makin merah dan menggelembung seperti bekas terkena air panas. Bahaya kan? Oleh itu, kita sama-samalah mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghindari penyakit tersebut :) 


RUJUKAN DARIPADA :
 1) https://alamendah.org/2012/03/24/tomcat-semut-kayap-atau-semut-semai/


 2) https://id.wikipedia.org/wiki/Semut_semai